Message Us

Cerita Kami

Kami di sini untuk memberi inspirasi kepada anda dengan pengalaman perjalanan premium yang terbaik, sangat unik dan eksklusif di serata dunia.

Kami ingin memperkayakan kehidupan anda melalui pelancongan jadi ia menjadi satu tanggungjawab paling utama bagi pasukan pakar perjalanan kami untuk memberikan pengalaman yang luar biasa dan intuitif hanya untuk anda.

Apa yang kami boleh bantu?

Perkhidmatan Kami

Pakej Pelancongan Premium

Perkhidmatan Penempahan Penerbangan

Perkhidmatan Visa

Perlindungan Perjalanan

MISI KAMI

Kami mementingkan pembangunan diri dan perkembangan komuniti. Untuk menjadikan ini satu realiti, kami berhasrat untuk merintis dan menjadi pemimpin pasaran global dalam menyediakan pengalaman pelancongan Kesejahteraan dan Voluntourism premium kepada pelanggan kami.

 

Budaya
Syarikat

Kami faham betapa pentingnya budaya syarikat yang dinamik. Sebab itulah segalanya bergerak dengan pantas di sini. Kami suka idea-idea baru dan membuahkan hasil darinya. Kami telah berusaha keras untuk mendapatkan reputasi terbaik untuk kami.

Kami tidak pernah takut mengambil risiko bila kami percaya pada nilai dan prinsipnya, tidak kira betapa mustahil keadaannya.

Sejarah Kami

Packist.com diselenggara dan beroperasi sebagai platform pelancongan online bagi Beautiful World Tours & Travel Sdn Bhd (243717-W) (KKKP2455).

Selama lebih 25 tahun, Beautiful World Tours & Travel Sdn Bhd telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam industri pelancongan dengan menggunakan kepakaran perjalanannya untuk menawarkan pelanggan dengan pakej dan perkhidmatan perjalanan eksklusif.