Message Us

Bayaran Balik dan Dasar Pembatalan

Anda dinasihatkan untuk membaca semula kesemua Terma dan Syarat seperti yang diberikan tentang cara laman web kami memproses tempahan anda, membuat sebarang pindaan kepada jadual perjalanan anda atau sebarang pembatalan tempahan anda.

A. Pakej Pelancongan, Aktiviti dan Lawatan Sehari

Terma yang ditentukan di dalam bahagian ini hanya boleh diguna pakai pada produk di laman web Packist.com yang mana difahami dengan wajar dan komersil sebagaimana di dalam pakej perjalanan, pakej lawatan, pakej lawatan sehari, pakaej hotel, dan/atau pakej pelayaran. Produk difahami dengan munasabah kerana selainnya hanya akan tertakluk kepada seksyen B, sila lihat dibawah.

1.Anda dikehendaki untuk: 

 (i) membayar pembelian lawatan sepenuhnya; atau

(ii) untuk pakej dibawah RM 1000, bayar jumlah bayaran pakej lawatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang surcaj yang berkaitan, yuran tambahan dan/atau yuran pemprosesan.

2. Bayaran deposit sebanyak 30% daripada harga pembelian akhir akan dikutip untuk pakej lawatan yang berharga lebih daripada RM 1000. Baki selebihnya sebanyak 70% haruslah dibayar tidak lewat dari 30 hari sebelum tarikh berlepas.

3. Untuk sebarang pembayaran yang dibuat menggunakan kad kredit, 3% daripada harga bayaran akhir akan dicaj sebagai yuran proses.   

4. Sekiranya anda membuat keputusan untuk membatalkan perjalanan anda, semua deposit tempahan akan dilucuthakkan.

5. Apabila pembatalan tempahan anda dibuat dalam masa 21 hari sebelum tarikh berlepas, 100% jumlah bayaran anda akan dilucuthakkan.

6. Apabila pembatalan tempahan anda dibuat diantara 22 hari ke 30 hari sebelum tarikh berlepas, hanya sebanyak 50% daripada jumlah bayaran pakej lawatan akan dilucuthakkan bakinya setelah ditolak sebarang yuran pemprosesan pihak ketiga akan secepatnya dibayar kembali kepada anda.

7. Sekiranya berlaku sebarang pembatalan oleh pelanggan, sebarang kod promosi atau baucer dengan nilai kewangan yang telah digunakan oleh pelanggan pada tempahan yang berkaitan akan dibatalkan dan tidak sah. Tiada nilai kewangan akan diberikan kepada bayaran balik yang berkaitan.

8. Sekiranya pelanggan meminta sebarang pindaan dibuat pada jadual perjalanan yang telah ditempah, caj tambahan sebanyak RM 200 akan dikenakan. Sebarang permintaan pindaan adalah tertakluk pada ketersediaan oleh pengendali pelancongan dan ejen mereka.

9. Semua bayaran balik akan tertakluk kepada turun naik mata wang, dimana yang berkenaan. Apabila memproses sebarang bayaran balik, Packist.com berhak untuk memilih nilai mata wang pada:

(i) tarikh pada kontrak;

(ii) tarikh pada invois komersil;

(iii) tarikh sebarang pembayaran; atau

(iv) tarikh sebaik sebelum pemprosesan bayaran balik yang berkaitan.

B. Semua Produk Lain

Terma yang ditentukan dibawah seksyen ini hendaklah terpakai kepada produk di laman web Packist.com yang mana tidak munasabah dan secara komersil difahami sebagai sebuah pakej pelancongan, pakej lawatan, pakej lawatan sehari, pakej hotel, dan/atau pakej pelayaran, kecuali produk dan servis tiket penerbangan. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang produk wifi poket yang dibeli melalui Packist.com sebagai perantara, sebarang servis berhubung visa perjalanan yang disediakan oleh Packist.com dalam kapasiti bukan nasihat.

1. Bayaran balik penuh akan disediakan, tolak sebarang bayaran yuran dan caj pihak ketiga. Sekiranya syarat-syarat berikut (fasal 2-5) dipenuhi.

Syarat-syarat 

2. Sebelum sebarang tindakan diambil oleh Packist.com bagi pemenuhan perkhidmatan yang terhutang kepada anda.

3. Notis awal diberi sekurang-kurangnya (1) satu hari bekerja sebelum sebarang perkhidmatan dimulakan, tarikh pengesahan, tarikh berlepas atau tarikh servis, yang mana dianggap releven dan terdahulu.

4. Semua produk dan servis relevan yang tidak dibeli dengan diskaun atau berdasarkan sebarang promosi dan acara promosi.

5. Semua bayaran telah dibuat dan di invois kepada semua pihak ketiga yang berkaitan atau kepada Packist.com.

Kegagalan untuk memenuhi Syarat

6. Sekiranya berlaku sebarang kegagalan, bergantung kepada keterukan kegagalan atau kegagalan itu. Packist.com mempunyai hak dan budi bicara yang munasabah untuk menentukan atau menafikan semua bayaran balik atau mana-mana bahagiannya.

7. Kegagalan dalam memberitahu anda tentang keputusan kami untuk menolak atau menentukan sebarang bayaran balik atau mana-mana bahagian dengannya tidak dengan apa-apa cara untuk mengetepikan hak kami yang dinyatakan di bawah fasal 6.